Tuesday, November 22, 2005

Hari Ayam Belanda...

Thanksgiving Day is here again. Waktu untuk kita berkunjung ke rumah bapa saudara Abang David (hehehe) di Fairfax (seberang Golden Gate Bridge).

Aku masih baru lagi di dalam hal Thanksgiving nih suma. Macam Hari Raya juga, cuma tanpa rendang dan sambal goreng. Hanya makanan yang tidak pedas langsung seperti ayam belanda, kentang lecek (betul ker aku ckp nih), sayuran yang dikukus dan juga cranberry sauce. Kalau makanan tuh tak bersambal, memang terasa tekak nih kembang betul, tak tertelan!

Tapi aperkan daya, beginilah kalau kita berkahwin campur. We adopt each others tradition. Dia sungguh kagum dengan tradisi kita dan aku juga harus merasa sebaliknya.

Aku memang suka juga melawat si bapa saudara dan famili nya tuh, Cuma mereka tak semesra dan sekecoh keluarga bangsa kita. Sopan santun mesti teratur. Tak boleh menyampuk dan sudu garpu, pisau semua mesti beradab kalau di gunakan. Kalau senang pakai jer tangan kan? Suatu masa dahulu, anak si pakcik nih menggunakan tangan untuk makan, sekali isterinya berkata,'Eh, orang hutan saja gunakan tangan untuk makan tau!'…dah lah aku kat sini terasa mcm si orang hutan! Tak, aku tak marah, dia tak tau yang kita nih makan gunakan tangan, jadi aku maafkan dia. No big deal. Dan isterinya juga ingat yang orang Singapura hanya menaiki basikal sebagai kenderaan ke mana2. Alah cik kak…nak marah pun dah tak boleh. Takper…dia tak tau! Tapi apart from that, aku sayang mereka tuh semua.

Thanksgiving Day dirayakan, pada hari Khamis ketiga pada bulan November. Jadi, ofis akan tutup pada hari Jumaat, long weekendlah! Dan…pada hari Jumaat, Thanksgiving Sales akan bermula di merata tempat. Best place to go (or not to go if you do not like crowds)…Union Square!!! Macam2 orang kita dapat melihat, sambil berbelanja.

Musim sejuk juga akan tiba. Jadi di Sierras, salju akan turun atau pun mungkin sudah pun turun? Mungkin kalau Abang David tak malas, dapatlah aku ajak budak2 bermain snow hujung minggu nih.

21 comments:

Anonymous said...

Apa agaknya yang dia fikirkan semasa kita makan malam di rumah makan siam bersama keluarganya dua tahun dulu ya?

Nazrah Leopolis said...

masuk kandang kambik takkan nak mengaum ek?

tentunya ia menjadikan hidup kita lebih berwarna warni...

Nazrah Leopolis said...

eh kambing la..salah spelling

Thaaniya said...

*smile* Haaaiii... don't want to call them ignorant, tapi... well, I guess it's up to us to enlighten them huh?
Ely, does that mean you have special vegetarian meal during Thanksgiving dinner at the bapa sedara's place?

Ely said...

tety g, he loves ours tradition, cuma tak tahan the visitations.

betul tuh TWIN, mesti nak mengembek mcm lambing!

redwine, yup yup yup, dorang ingat kita nih mcm kat china. china pun ada washing machine kan?

thaaniya, my husband is a jewish family. so food at his uncles place is no problem.

Ely said...

thaaniya, i meant to say that hes from a jewish family. hehehe.

OOD said...

oh ely,
orang amerika dan orang singapura makan ayam dari belanda. apa kena mengena kambing dengan harimau mengaum? China, Siam dan Malaysia?
(pantun kerat kerat).

kalau saya google search semua perkara itu, saya akan landing di blogspot awak ini.

Mas said...

Macam ne rasa ayam belanda tu?Sedap mcm ayam biasa ker. Serius, saya tak pernah makan.Teringin gak nak cuba nanti.

Kak Teh said...

selamat hari ayam belanda

anedra said...

ely, sekali sekala makan ayam belanda tu syok jugak eh? kalau tak leh telan, bawaklah sambal goreng sendiri..add a new flava to it, instead of the normal cranberry sauce!

Happy Thanksgiving dahlink!

PiN(u/a)Ts said...

ha'ah la...
camne rasa ayam belanda? tapi berani ke aku makan? mmmmm..

Queen Of The House said...

THANKSGIVING SALE !!!!!!!!

That's all I get out of your entry. Heheh just joking.

I remember attending Thanksgiving dinners over there ..... makan turkey, salad & all that you mentioned. Then, the Thanksgiving 'prayers' ... hold hands around the table and all, rasa pelik betul ... buat diam aje, lepas tu makan je.

Ely said...

redwine, EVEYTHING is made in china here hahaha.

oody, yer ker? u google keluar blog i? blog i nih search engine ker hehehe.

mas and pinat, rasa ayam belanda tuh seakan rasa seekor ayam. cuma si ayam belanda nih besau sangat. like 20 lbs? 10 kg lah jugak tuh. jadikan, dagingnya banyak dan kerana dia banyak, rasa tawar sikit sebab mereka bake the ayam belanda. tak dorang tak masak kari atau rendang hehehe.

thank kak teh, nak ayam belanda? hehehe

dena, tak boleh, kalau org jemput makan rumah dorang, tak boleh bawak lauk kita sendiri or sambal sendiri...it will be an insult to them...betul! jadi telan lah aku ayam belanda tuh bulat2.

qoth, yeah when they say thank you God for this and that, in my heart i ckp, Ya Allah, cepatlah makan jadi aku boleh blah hehehe. tak lah joking jer, dlm hati i ckp, ya Allah, semoga tahun depan ayam belanda di masak kari dan rendang!!!!!! yes the sale? i am going on saturday..including the bookstore and all...yipeeee.

Anonymous said...

kak ely, ayam belanda ni keras kan? I ever taste it b4, dont like it!!! Keras sangat tak mcm ayam biasa.
Walau bagaimana pun Happy Thanks Giving.

Ely said...

anita, not really, depending on which part u're eating. if u eat the wings, yes it will be very hard due to cooking for at least 6 hrs. but the breast and leg, can be tender. i feel that its very tawar, too much meat!

anggerik merah said...

Ely, enjoy the thanksgiving and sale osso!

Ely said...

thanks AM! i am going to update my blog about this turkey day countdown.

Queen Of The House said...

Siapa kat Msia nak rasa ayam Belanda/turkey? Try lah the turkey sandwiches at the delis. Kat Dunkin' Donuts pun ada. Sometimes I buy the packed turkey slices for making sandwiches (tengoklah kat tempat jual pepperoni, breakfast beef & all that at the supermarkets). Sedap aper buat sandwich, depending what you load onto the roti.

Ely said...

yeah they do have turkey bologna too. memang sedap kalau buat sandwich! and they also have turkey hotdog!

Anonymous said...

hehehe..at least ok lagik kalu org tinggal kat hutan makan ngan tangan

ni ada lagik yg ingat org asia tinggal atas pokok... tak tau nak rasa apa.. huhu

Ely said...

anonymous, yeah, some r puzzled kenapa kita boleh bertutur dlm bahasa inggeris!