Thursday, October 13, 2005

Melayu oh melayu...

Terbaca blog Kak Halela…berblog dalam bahasa melayu. Boleh tahan jugak idea tuh. Tapi nih nak kena duk fikir, nak cakap pasal aper eh...

Dah seminggu berpuasa. Disebabkan jangkitan 'angin wanita' hari nih hari kedua lah saya berpuasa (dapat juga hari pertama ramadan). Dah nak kena mula 'momentum' berpuasa lagi. Hai… terasa sejuk sungguh hari nih. Bangun pagi berkabus sungguh di atas bukit nih. Berkabus sehingga ia menjadi embun (betul ker aku ckp nih). Waktu itu juga kalau nak pergi kerja, mesti nak panaskan kereta dan 'defrost' selama 10 minit supaya kereta tuh tidaklah diselubingi wap.

Ramadan tahun ini terasa sunyi sepi. Tak lah macam tahun lepas, balik Singapura waktu Raya. Tahun ini duk lah kat sini, kerana kalau nak balik kampung, budak2 kena ambil cuti sekolah selama 2 minggu atau lebih dan kerja sekolah semua bertimbun sebelum bercuti. Jadi, kami akan balik kampung tahun hadapan pada musim panas saja lah.

Iftar di rumah juga ringkas saja. Memandangkan suami bekerja di rumah (bukan suri rumah tau!), dialah yang tolong memasak, pergi pasar, bangun sahur dan kejut budak2. Rasa bersalah juga kalau suami masak berbuka dan saya duduk depan laptop sibuk menaip (hahaha). Saya pun berkata kepada suami 'Terima kasihlah kerana memasak tiap2 hari, kalau tak kerana abang (abang seh!) memang lah tunggang terbalik saya jadinya'. Dia pun berkata 'Ely, dah lah, abang (abang lagi!) kan suka memasak, jadi tak aperlah. Memanglah saya tak boleh masak sehandal awak. Lauk kari dan beryani tak lah jadi tapi kalau salad, soup dan ayam panggang ok lah. Kita kan sama2'. Hati isteri mana tak sejuk dengar camtuh? Hehehehe

Semalam, Ayu, Mardiana dan kawan2 datang untuk bebuka puasa di rumah kami. Sebenarnya jemputan itu untuk seorang saja, sekali TERjadi 3 lagi orang. Kepada sesiapa yang belum sempat kami jemput tuh, tolong jangan berkecil hati kerana semalam terjadi secara kebetulan. InsyaAllah, kami akan jemput berbuka puasa di rumah kami pada hujung minggu yang akan datang.

Suami juga telah menetapkan tarikh dia akan dioperasi ke atas bahu kiri nya. Ia akan jatuh hari kedua Hari Raya. Jadi jemputan untuk Hari Raya (adalah berangan nak masak lontong dan rendang untuk kekawan di sini dan jemput mereka) terpaksa samada ditunda atau dibatalkan. Hai…nasiblah tinggal di rantauan.

Oklah, rasa penat juga menaip dalam bahasa melayu nih. Bukan ku benci bahasa ibunda ku, tetapi aku memang rasa bersalah kerana 'terlupa' berbahasa melayu. Am I making sense?

To my husband, if you need this blog to be interpreted in english or hebrew, please submit this in writing, but I might make you learn malay from me and then charge you some money!

22 comments:

anggerik merah said...

Hi Ely, hopped into your previous entry. Thanks for reminding what is the women's right.

Uja said...

Aku tak boleh angkat the part you called David, 'Abang' ! Too funny!

Steadylah Ely....now you are Wanita Melayu Terakhir SF...hehehe

Ely said...

AM, thanks for coming by my blog :)
u know, we women need lots of support fm each other, remember, we're not week! *Mcm sexist gitu i hehe*

uja dahling, hahahaha, abang tuh ckp omputih aper eh? woooooo hooooo, terima kasih atas gelaran itu wahai uja, kau pulak jadi Wanita Melayu Terakhir Canada pulak lah kelak.

OOD said...

ely,
hai bayi!
nanti kirim salam pada teman hidup mu, encik abang itu ya?

yang benar,
udi

Nazrah Leopolis said...

boleh tahan. kembarku...

boleh tahan seh..

Ely said...

oody, bayi? bayi babes or bai toncet? hari nih gua kena masak disebabkan suami ada appt!

kembarku, boleh tahan eh? lu caya sama gua?

anedra said...

ely, cannot tahan lah bila you go and call david "abang"! woohooo, abang david! macam drama melayu pulak!

eh..nampaknya bertahun-tahun awak berhijrah ke U.S masih boleh berbahasa Melayu dengan fasih! AWAK PERGI BAYI! errr...that's "YOU GO BABES!"

nadya.s said...

hahahahaaha, skema habis la bahasa kak ely. CAYA SAMA LU lah!!!

'dioperasi' tu lah perkatan yg paling tak tahan skali. sori kak ely, tapi nad gelak guling2..

perkataan yg betul kalau 'operation' = di bedah/pembedahan

apapun.. BM kak ely masih bagus..hehehe gud work bebeh!

I Feel Good said...

You're making real sense, Kudos!:)

About Blogreader said...

Wah, terror sungguh Cik Ely kita!

Anyway, selamat berpuasa buat Ely sekeluarga...

(Setakat ini lah kemampuan aku dalam bahasa Melayu! Ha ha!)

Ely said...

dena, takkan hilang melayu di dunia babes! abang david? hehehe, dia baca blog nih dan bertanya abang tuh aper?

nad, betul tuh! dibedah...tak teringat pulak! operasi pun operasi lah, mcm operasi Gerak Khas eh?

nour, dont say that to please me ok hehehee. u know that most times i really DONT make sense hehehe.

dez, terror? oh so tidak, sesungguhnya melayu ku sudah rabaks!

S.P. said...

Do I feel paranoid that my wife is talking about me in a language that I don't understand? Noooooooo way! Knock yourself out!

For those who didn't know Ely's reference at the end, it was from a Woody Allen movie Zelig. He says "I went to my rabbi and asked him the meaning of life. He told me, only he told me in Hebrew. I don't speak Hebrew. And then he wanted to charge me $600 for Hebrew lessons."

Ely said...

thats right ABANG David!

Leyla Shuri said...

hahaha...sampai abang david kena juga keluarkan suara!

I read some entries below and know more about you now. The life that you've gone thro...but that was past...habis. Now, think future, plan future and happy future.

Ely, klela went thro secondary education in spore. Ely tau kan? masa klela jaman 60's, 70's semua malay as second language. About 3 x weekly. Then kerja pun foreign company, lagi english. Then dapat laki pun org Jepun, lagi english, then bapa pulak org India, lagi english, lepas kawin tak tinggal tempat sendiri, lagi english...can you feel now, bertapalah parah my melayu dah jadi!
Let's leave that to your imagination!

Your grading 8 tangga 10. PASS!

Halim Hashim said...

u should ajar la..bahasa ibunda..sesikit kat ur laling tu..tapi bahasa melayu kadang bila dok kat obersi dengar orang cakap..rasa mcm dekat sgt ngan kita...penah i jumpa satu chineese guy cakap melayu...jual souvenir.kat perth..murahh...murah...marii..marii..bila tanya balik...mana datang...dia cakap..dia from Rep.China..so dia belajar from his wife from m'sia..heheh..kelakar..bahasa dia..

Ely said...

kak lela, actually i was kinda of confuse. asking myself 'kak lela nih dari m'sia or singapore eh?' now i know lah!

hehehe, thanks for ur pujian in my malay. memang tak guna bahasa, terus bahasa hanyut gitu kan? anak2 ely pun ckp melayu waktu nak ckp pasal top secret jer, itu pun masyaAllah, kekadang berterabuh!

halim hashim, u're right! org berbahasa melayu terasa rapat gitu kan? mcm serumpun. the china man part kelakar gitu hehehe.

Mdm Noris said...

Ely, ternyata bahasa ibunda tu tidak kau lupa kan... ish awah2.

Terasa seperti ingin memblog dlm bahasa melayu jugak.. sebab nak test market mcm mana pesen nya kalau Saya memblog dlm bahasa melayu ya.. heeheheh..

Klass lah Ely..

Ely said...

noreez, tak boleh lepas bahasa ibunda! yeah blog in malay pls. ur turn hehehe.

Anonymous said...

i would still say your malay is pretty much powerful hehe, mine corrupted sudah. english pun corrupted. but for a while there stunned kejap, whether i was in the right blog hehehee.

pakcik david (selamber jer panggil pakcik nieh, hehe!) should have a bloglah! he can teach words in hebrew, we communicate with him in malay hheehehe.

Anonymous said...

opps! thats me rafthah sis ely!

Ely said...

ailin, jgn gelak banyak sgt nanti perut cramp i tak responsible tau!

jin, aku ader ler duk terfikir aper tuh 'menyetimkan'....kurang asam punya budak! posa2 nih tak boleh posting yang menyetimkan...harap maklum ok *Ely masih pegang rotan, cekak pinggang*

pakcik david tuh tak tau ckp hebrew, saja jer i sakat dia cos hes jewish hehehe. nenek dia tau ler! kalau dia ada blog, blog dia akan dipenuhi posting mengenai 60's band jer. hes into music, jadi nanti kita suma tak satu channel dgn dia!

noha chomel said...

hai kak ely..

selalu jadi silent reader je, tapi hari ni rasa nak tinggalkan komen..hehe...comel la tulis dlm bahasa melayu, rasa nak gelak je..yg tak tahan tu part 'abang'..hahah..